Monday, October 12, 2009

Santau


Aku pernah dengar cerita tentang santau yang kononnya ada dua jenis.Satu boleh di hantar melalui angin dan satu lagi boleh dihantar melalui makanan atau minuman.Pengamal santau selalunya mempunyai syarat yang mana "santau"mesti dilepaskan atau dituju pada seseorang sekurang-kurangnya sekali dalam masa setahun.Kalau syarat ini tidak disempurnakan maka pengamal ilmu itu sendiri akan menerima akibatnya.

Orang yang terkena "santau"biasanya akan menjadi bingung,demam dan sering batuk-batuk hingga mengeluarkan darah.Jika tidak di ubati dengan segera penyakit berkenaan boleh membawa maut.Biasanya di dalam tubuh badan orang yang terkena santau ini terdapat serpihan kaca yang di hancurkan dan miang buluh.Bahan-bahan tersebut telah dihantar melalui angin atau makanan/minuman dengan bantuan "iblis"laknat.

setahu aku serpihan kaca di dalam tubuh/badan mangsa akan melukakan setiap isi perut mangsa melalui pergerakan usus atau tubuhbadan dan miang buluh pula akan menyebabkan mangsa batuk-batuk sehingga mengeluarkan darah.

Ada sesetengah kes yang mana mangsa santau terpaksa berpantang larang dalam jangka masa yang panjang walaupun telah berjaya mengubati penyakit itu.Biasanya orang yang baru sembuh dari terkena santau akan menjaga dirinya dari terkena hujan dan tidak makan makanan yang pedas atau tajam.Ini terjadi ekoran dari luka di dalam tubuh badan mangsa walaupun serpihan kaca dan miang buluh telah berjaya dikeluarkan.

Pengamal ilmu santau biasanya mempunyai masalah untuk membuang atau meninggalkan ilmu santau yang diamalkan itu.Kebiasaannya hanya Guru yang mengajarkan ilmu tersebut pada pengamal terbabit sahaja boleh membantu untuk meninggalkan ilmu tersebut dan perkara itu bukan satu perkara yang mudah.

Nasihat aku pada semua agar berhati-hatilah apabila makan dan minum dilokasi atau tempat yang berisiko dengan santau terutamanya pada hujung tahun................

No comments:

Post a Comment