Monday, October 12, 2009

Santau


Aku pernah dengar cerita tentang santau yang kononnya ada dua jenis.Satu boleh di hantar melalui angin dan satu lagi boleh dihantar melalui makanan atau minuman.Pengamal santau selalunya mempunyai syarat yang mana "santau"mesti dilepaskan atau dituju pada seseorang sekurang-kurangnya sekali dalam masa setahun.Kalau syarat ini tidak disempurnakan maka pengamal ilmu itu sendiri akan menerima akibatnya.

Orang yang terkena "santau"biasanya akan menjadi bingung,demam dan sering batuk-batuk hingga mengeluarkan darah.Jika tidak di ubati dengan segera penyakit berkenaan boleh membawa maut.Biasanya di dalam tubuh badan orang yang terkena santau ini terdapat serpihan kaca yang di hancurkan dan miang buluh.Bahan-bahan tersebut telah dihantar melalui angin atau makanan/minuman dengan bantuan "iblis"laknat.

setahu aku serpihan kaca di dalam tubuh/badan mangsa akan melukakan setiap isi perut mangsa melalui pergerakan usus atau tubuhbadan dan miang buluh pula akan menyebabkan mangsa batuk-batuk sehingga mengeluarkan darah.

Ada sesetengah kes yang mana mangsa santau terpaksa berpantang larang dalam jangka masa yang panjang walaupun telah berjaya mengubati penyakit itu.Biasanya orang yang baru sembuh dari terkena santau akan menjaga dirinya dari terkena hujan dan tidak makan makanan yang pedas atau tajam.Ini terjadi ekoran dari luka di dalam tubuh badan mangsa walaupun serpihan kaca dan miang buluh telah berjaya dikeluarkan.

Pengamal ilmu santau biasanya mempunyai masalah untuk membuang atau meninggalkan ilmu santau yang diamalkan itu.Kebiasaannya hanya Guru yang mengajarkan ilmu tersebut pada pengamal terbabit sahaja boleh membantu untuk meninggalkan ilmu tersebut dan perkara itu bukan satu perkara yang mudah.

Nasihat aku pada semua agar berhati-hatilah apabila makan dan minum dilokasi atau tempat yang berisiko dengan santau terutamanya pada hujung tahun................

Toyol


Aku pasti semua orang pernah dengar atau pernah lihat Iblis yang bergelar toyol ini.Aku ingin berkongsi cerita dan pendapat mengenai toyol,biasanya orang yang membela toyol bertujuan untuk mendapat kemewahan dengan cara mengambil hak orang lain.

Toyol berasal dari baby sulung yang mati bersama ibunya ketika dia dilahirkan.Orang yang berhajat untuk membela toyol haruslah menggali semula kubur perempuan yang mati ketika melahirkan anak sulong.

Mengikut cerita yang pernah aku dengar orang yang berhajat untuk membela toyol haruslah mengambil mayat bayi itu kemudian memandikan/membersihkan mayat bayi itu dengan air tertentu kemudian dia mesti menimang mayat bayi itu dengan membaca mentera tertentu sehingga mayat bayi itu mengeluarkan suara seperti suara bayi ketawa.

Setelah mayat bayi itu ketawa baru lah boleh di bawa balik bagi menjalankan beberapa syarat lagi dengan menyalai bayi itu selama 41 hari sehingga mayat bayi itu kering.selepas semua syarat disempurnakan barulah pemilik toyol tersebut boleh menggunakan khidmat toyolnya.

kebiasaannya toyol tidak mencuri semua wang mangsa tapi cuma mengambil separuh sahaja.Toyol mampu menceroboh masuk ke dalam rumah mangsanya melalui ruang atau lubang yang boleh dimasuki udara (angin) walaupun lubang itu sebesar jarum.

Selalunya pemilik toyol akan hidup mewah tetapi tidak berkerja .
mengikut pandangan dan kepercayaan sesetengah masyarakat toyol boleh dihalang masuk ke dalam rumah dengan meletakkan kacang hijau atau ketam diluar rumah bagi memperdayakan toyol tersebut dari masuk kedalam rumah.

Ada sesetengah pendapat yang mengatakan toyol boleh dibeli di negara jiran.walau bagaimana pun kita masih belum mendapat bukti atau dalil yang cukup untuk membuktikan yang wujudnya perniagaan menjual toyol.

PERBEZAAN TENAGA DALAMAN DAN TENAGA BATIN


Aku yakin ramai dikalangan masyarakat kita yang belom mengerti perbezaan diantara tenaga dalaman dan tenaga batin.Aku pun tak lah arif dalam bidang nie cuma pernah la tanya-tanya kat orang-orang tua yang tahu serba sedikit dalam hal nie untuk di kongsikan dengan korang semua.kalau salah aku sedia terima teguran dan pandangan dari semua orang asalkan teguran itu membina dan boleh dijadikan teladan dan pedoman hidup.

"TENAGA DALAMAN"
Setahu aku setiap manusia mempunyai tenaga dalaman tetapi tak ramai manusia yang tahu cara untuk mengeluarkan tenaga tersebut.Mengikut cakap orang-orang tua orang cina lah yang mempunyai tenaga dalaman paling kuat.Sebab itu pernah ada pepatah "Belajarlah kamu hingga ke negeri china"ini kerana terdapat banyak rahsia dan ilmu di negara berkenaan.Kalau kita perhatikan ada sesetengah manusia yang mampu menyalakan lampu dengan hanya menyentuhnya sahaja tanpa bantuan elektrik.Kalau korang semua nak tahu yang sebenarnya itulah tenaga dalaman dan kita pun boleh lakukan kalau kita tahu cara mengeluarkan tenaga dalaman.

"TENAGA BATIN"
tenaga batin tidak seperti tenaga dalaman ini kerana tenaga batin cuma diperolehi oleh orang islam sahaja.Kekuatan tenaga batin ini bergantung kepada amalan zikir dan lain-lain amalan dari orang tersebut.Walau bagai mana pun ramai dikalangan masyarakat kita yang tidak berminat dan kurang mempercayai tentang perkara ini.